Kenapa Individu & Perniagaan Perlu Hire Akauntan Freelance? (Panduan Lengkap)

Dalam dunia perniagaan hari ini, urusan kewangan bukan lagi perkara remeh. Sama ada anda seorang freelancer, pemilik syarikat kecil dan sederhana (SME) atau syarikat bertaraf sendirian berhad dan berhad, pengurusan akaun yang kemas akan menentukan arah kestabilan kewangan anda.

Ramai individu dan perniagaan kini memilih untuk hire akauntan freelance berbanding mengambil pekerja tetap, dan pilihan ini semakin popular kerana ia lebih fleksibel, menjimatkan kos, dan memberi value yang lebih baik.

Dalam artikel ini, kami ingin menjelaskan mengapa akauntan freelance adalah pilihan terbaik untuk bantu anda urus kewangan dengan lebih profesional.


Apa Itu Akauntan Freelance?

Akauntan freelance ialah seorang pekerja perakaunan profesional yang menawarkan perkhidmatan secara bebas, tanpa terikat dengan satu-satu syarikat. Mereka biasanya akan membantu dalam perkara seperti:

  • Penyediaan buku akaun & rekod perniagaan

  • Pengurusan dan semakan cukai

  • Penyata kewangan bulanan dan tahunan

  • E-invoice LHDN dan compliance

  • Audit dalaman

  • Nasihat kewangan & cashflow planning

Dengan kata lain: Anda mendapat seseorang yang berkebolehan dan profesional tanpa perlu membayar kos seorang pekerja sepenuh masa.


1. Kos Lebih Rendah Berbanding Akauntan Sepenuh Masa

Mengambil pekerja tetap bermaksud anda perlu bayar:

✔️ Gaji bulanan
✔️ EPF / SOCSO / EIS
✔️ Latihan staf
✔️ Peranti seperti komputer riba atau komputer meja beserta perisian perakaunan

Dengan akauntan freelance, anda hanya bayar mengikut servis atau projek sahaja.

Ini membantu individu dan perniagaan mengurangkan kos operasi tanpa kompromi pada kualiti.


2. Akses Kepada Kepakaran Tanpa Komitmen Jangka Panjang

Tidak semua perniagaan memerlukan akauntan sepenuh masa. Ada ketika anda hanya perlu akauntan semasa:

  • Menghantar Borang BE / B / syarikat

  • Membuat pinjaman perniagaan ke MARA, TEKUN dan bank

  • Pelaksanaan sistem perakaunan secara dalaman

  • Menyediakan laporan untuk pelabur

Akauntan freelance memberi solusi on-demand — bila perlu, barulah anda bayar.


3. Kerja Lebih Tepat dan Cepat

Akauntan freelance menjaga reputasi dan portfolio mereka sebagai sebuah firma. Maka, mereka biasanya:

🔥 Lebih fokus
🔥 Lebih teliti
🔥 Lebih cepat deliver

Mereka bekerja berdasarkan hasil, sesuai dengan apa yang anda bayar.


4. Elak Kesilapan Cukai & Penalti LHDN

Masalah biasa bila buat akaun sendiri adalah :

❌ Salah kira cukai
❌ Tidak sama dengan standard LHDN
❌ Tiada rekod sah untuk audit
❌ Tercicir invois & resit

Akauntan freelance memastikan semua dokumen patuh undang-undang, tersusun dan tidak berisiko.


5. Memudahkan Perancangan Kewangan & Pertumbuhan Bisnes

Bila rekod kewangan jelas, anda lebih mudah:

📌 Buat keputusan perbelanjaan
📌 Kawal aliran tunai
📌 Pantau untung rugi
📌 Rancang bajet bagi mengembangkan perniagaan

Data yang jelas menerusi perakaunan membolehkan usahawan menghasilkan keputusan yang lebih bijak.


6. Fleksibel & Menyesuaikan Keperluan Anda

Akauntan freelance boleh menawarkan servis berdasarkan:

  • Retainer bulan-ke-bulan

  • Projek tertentu

  • Konsultasi dan khidmat nasihat per jam 

  • Compliance & annual file-only service

Pendek kata, mereka akan mengikuti keperluan anda.


Siapa Yang Patut Pertimbangkan Akauntan Freelance?

Adakah anda berada dalam kategori-kategori ini :

✔️ SME & startup
✔️ Sole proprietor / enterprise
✔️ Usahawan e-commerce
✔️ Influencer, content creator & freelancer
✔️ Kontraktor & service provider
✔️ Individu yang mahu filing cukai tepat masa

Sekiranya anda berada dalam kategori di atas dan mahu fokus pada operasi sambil urusan kewangan diurus pakar, akauntan freelance adalah pilihan terbaik.


Kesimpulan

Mengambil akauntan freelance bukan sekadar soal nombor semata-mata. Keputusan anda mengambil akauntan freelance adalah tentang membina asas kewangan yang kukuh, patuh undang-undang, dan mampu menyokong perkembangan bisnes anda.

Akauntan freelance memberikan anda lebih fleksibel, menjimatkan kos dan memberi akses kepada kepakaran profesional tanpa komitmen jangka panjang.


📣 Dapatkan Konsultasi Percuma Bersama Maharani Pertiwi Advisory

Jika anda sedang mencari akauntan berpengalaman untuk:

  • Semakan cukai

  • Penyediaan akaun

  • Pengurusan cukai

Maharani Pertiwi Advisory sedia membantu. Hubungi kami sekarang!